Saturday 7 September 2013

KAWALAN TIKUS SAWAH PADI



KAWALAN TIKUS SAWAH


Species tikus :   Jenis tikus yang dominan dijumpai disawah Rattus argentiventer Robinson & Kloss.  Spesies lain yang sering dijumpai adalah Rattus tiomanicus Miller

Kerosakan :  Semua peringkat tanaman padi dapat dirosak atau dimusnahkan oleh tikus

(a)                  Tikus memakan benih padi yang baru ditabur atau sedang cambah
(b)                 Peringkat vegetatif padi- memotong dan memakan anak-anak padi (memakan tisu lembut – umbuk padi)
(c)                  Peringkat berbuah dan masak – memotong bilah padi dan memakan buah padi
(d)                 Peringkat lepas tuai dan dalam simpanan – memakan padi

Jika populasi tikus kecil tikus biasanya memotong bilah-bilah padi yang berdekatan dengan batas.  Tetapi jika populasi agak besar ia akan memotong bilah-bilah padi dibahagian tengah sawah.   Bahagian sawah yang diserang dapat dilihat:

(i)                 Pada peringkat awal:  bilah-bilah padi dipotong.  Bilah ini akan kering, Dari jauh kelihatan tumpok-tumpok kekuningan kerana bilah yang dipotong menjadi layu dan kering.
(ii)               Peringkat lanjutan: Pada rumpun yang diserang, pucuk-pucuk baru akan tumbuh semula dari bilah-bilah yang dipotong.  Ini menyebabkan rumpun padi yang diserang menjadi lebih rendah dan berbuah lebih lambat disbanding dengan rumpun padi yang lain.

Catitan:  Tikus selain menjadi perosak penting tanaman padi, ia juga menjadi salah satu perosak penting kepada tanaman koko.  Ia menebuk buah-buah koko untuk memakan biji koko.

Cara-Cara Kawalan Tikus Sawah


Tikus dapat dikawal secara berkesan dengan integrasi 4 cara berikut:

(a)                Cara cultural
(b)               Cara fizikal
(c)                Cara mekanikal
(d)               Cara biological
(e)                Cara kimia


 (a)               Cara Kultural
Ada tikus disawah kerana adanya makanan dan temapat perlindungan.  Menghapus atau mengurangkan factor-faktor ini dapat mengurangkan tikus mendiami kawasan sawah. Diantara amalan kulturan yang patut diamalkan adalah:

(i)                 Musnahkan rumput-rumpai, semak-samun dan sampah sarap dan kawasan sawah dan sekitar sawah. Bendang yang bersih tidak disukai oleh tikus.
(ii)               Musnahkan jerami padi selepas dituai. Timbunan jerami menjadi tempat yang sesuai untuk tikus berlindung, membuat lubang, sarang dan membiak.
(iii)             Batas-batas yang tidak perlu dibuang atau bilangan batas dikurangkan kerana batas adalah mewnjadi tempat utama tikus bersembunyi atau membuat sarang.
(iv)             Usahakan tanaman padi dijalankan serentak.

(b)               Cara fizikal

Cara fizikal adalah melindungi kawasan sawah dengan penghalang bagi menghalang tikus memasukki kawasan sawah. Ia dilakukan bagi kawasan sawah yang diserang oleh tikus dari luar (migrasi) missal sawah-sawah yang bersempadan dengan hutan.  Kawasan sempadan akan dipasang pagar yang biasa dibuat daripada kepingan plastik.  Ditempat tertentu pada pagar tersebut dipasang perangkap untuk memerangkap tikus-tikus yang cuba memasukki sawah.

(c)                Cara mekanikal

Cara mekanikal adalah dengan cara menggali  dan memusnahkan lubang-lubang tikus dan membunuh tikus-tikus yang dijumpai dalam lubang tersebut.

(d)               Cara biological

Cara biological adalah cara mengawal tikus dengan menggunakan musuh semula jadi.  Pada masa ini sejenis predator iaitu burung pungguk, Tyto alba  didapat sangat berkesan untuk mengawal tikus.  Dua (2) cara telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian untuk menggunakan burung pungguk untuk mengawal tikus sawah dan menjadi ia kompoen penting dalam kawalan tikus bersepadu. Cara tersebut adalah:

(i)                 Melepaskan burung pungguk dikawasan sawah yang tidak dikesan ada burung pungguk.
(ii)               Meningkatkan bilangan burung pungguk dikawasan sawah.  Ini dilakukan dengan menyediakan sarang buatan untuk tempat pembiakan burung pungguk.  Sarang dipasang disawah pada kadar 1 sarang bagi kawasan sawah seluas 20-40 hektar.
Memandang 98% makanan burung pungguk adalah tikus, maka burung pungguk menjadi agen kawalan biologi yang berkesan untuk mengawal tikus sawah.


(e)                Cara kimia

Cara kimia adalah mengawal tikus dengan menggunakan bahan kimia beracun.  Tikus boleh mati akibat memakan bahan kimia beracun atau menyedut gas beracun.  Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh tikus dikenal sebagai racun tikus atau rodenticides.  Racun tikus yang disyorkan untuk kawalan tikus pada masa ini adalah dengan menggunakan racun tikus jenis anticoagulant.  Racun ini apabila dimakan oleh tikus tidak membunuh tikus serta merta tetapi akan membunuh tikus dalam tempoh 5-10 hari.  Contoh racun anticoagulant adalah:

-          Warfarin
-          Chlorophacinone
-          Brodifacoum

Pada masa ini terdapat tiga(3) formulasi racun tikus iaitu umpan berlilin, serbok, cecair dan debu.   Umpan berlilin boleh diguna terus, sedangkan cecair dan debu perlu digaul dengan umpan sebelum digunakan.

(i)                 Umpan berlilin dan debu lubang tikus 

  -    boleh diguna terus
-          Pengumpanan dijalankan seminggu sebelum tabur terus
-          Umpan diletak diatas batas satu umpan setiap 10 langkah setiap minggu untuk tempoh 8-10 minggu (sehingga padi mula berbuah).
-          Selepas tempoh ini tikus biasanya tidak berminat kepada umpan tetapi lebih suka memakan buah padi. Jika perlu (ada tanda-tanda masih ada serangan atau kehadhiran tikus disawah), maka kawalan kimia hendak lah diteruskan dengan mendebu lubang tikus dengan racun berbentuk debu.
-          Pada lubang-lubang tikus yang amsih aktif (ada tanda-tanda didiami oleh tikus), bersihkan rumput disekitar lubang tersebut.  Bubuh 30-50 gm debu racun ke dalam setiap lubang.  Bubuh racun pada lubang-lubang yang baru dijumpai.

(ii)               Racun jenis serbuk dan cecair

-          Racun ini perlu digaul dengan umpan mengikut kadar disyorkan pada label sebelum digunakan.
-          Pengumpanan dibuat seminggu sebelum tabur.  Umpan kira-kira 50 gm diletak diatas batas pada jarak setiap 20 langkah setiap minggu selama 8-10 minggu.  Sebaik-baik umpan diisi dalam bekas umpan supaya tidak terkena hujan. 
-          Kawalan seterusnya jika perlu dilakukan dengan mendebu lubang tikus seperti yang telah diterangkan diatas.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Rumah penuh dgn tikus?
    =================================
    RACUN TIKUS VICTORY - pest control grade
    =================================
    ➡ Fomulasi USA ,100% berkesan
    ➡ Tidak mati dicelah
    ➡ Jimat masa
    ➡ Sepekat boleh pakai 2-3 tempat
    ➡ Dijamin berkesan
    Whatsapp/SMS Order:
    ➡ 016 977 5478 (Klang Valley)

    Racun Tikus Victory berasa amat BANGGA dapat menolong RAMAI TANGGA yang penuh dengan TIKUS.
    ========================================
    Tikus anda adalah Tanggungjawab Racun Tikus Victory
    ========================================

    ReplyDelete
  3. How to win real money playing casino site in India - LuckyClub.live
    You have a lot to choose from before betting on a casino online. You can also choose luckyclub.live your betting exchange. All you need to do is click here. How to

    ReplyDelete