KAWALAN TIKUS SAWAH
Species tikus : Jenis tikus yang dominan dijumpai disawah Rattus
argentiventer Robinson & Kloss. Spesies lain yang sering dijumpai adalah Rattus
tiomanicus Miller
Kerosakan : Semua peringkat tanaman padi dapat dirosak atau dimusnahkan oleh
tikus
(a)
Tikus memakan benih padi yang
baru ditabur atau sedang cambah
(b)
Peringkat vegetatif padi-
memotong dan memakan anak-anak padi (memakan tisu lembut – umbuk padi)
(c)
Peringkat berbuah dan masak –
memotong bilah padi dan memakan buah padi
(d)
Peringkat lepas tuai dan dalam
simpanan – memakan padi
Jika populasi
tikus kecil tikus biasanya memotong bilah-bilah padi yang berdekatan dengan
batas. Tetapi jika populasi agak besar
ia akan memotong bilah-bilah padi dibahagian tengah sawah. Bahagian sawah yang diserang dapat dilihat:
(i)
Pada peringkat awal: bilah-bilah padi dipotong. Bilah ini akan kering, Dari jauh kelihatan
tumpok-tumpok kekuningan kerana bilah yang dipotong menjadi layu dan kering.
(ii)
Peringkat lanjutan: Pada rumpun
yang diserang, pucuk-pucuk baru akan tumbuh semula dari bilah-bilah yang
dipotong. Ini menyebabkan rumpun padi
yang diserang menjadi lebih rendah dan berbuah lebih lambat disbanding dengan
rumpun padi yang lain.
Catitan: Tikus selain menjadi perosak penting tanaman
padi, ia juga menjadi salah satu perosak penting kepada tanaman koko. Ia menebuk buah-buah koko untuk memakan biji
koko.
Cara-Cara Kawalan Tikus Sawah
Tikus dapat dikawal secara berkesan dengan
integrasi 4 cara berikut:
(a)
Cara cultural
(b)
Cara fizikal
(c)
Cara mekanikal
(d)
Cara biological
(e)
Cara kimia
(a)
Cara Kultural
Ada tikus disawah kerana adanya makanan dan
temapat perlindungan. Menghapus atau
mengurangkan factor-faktor ini dapat mengurangkan tikus mendiami kawasan sawah.
Diantara amalan kulturan yang patut diamalkan adalah:
(i)
Musnahkan rumput-rumpai,
semak-samun dan sampah sarap dan kawasan sawah dan sekitar sawah. Bendang yang
bersih tidak disukai oleh tikus.
(ii)
Musnahkan jerami padi selepas
dituai. Timbunan jerami menjadi tempat yang sesuai untuk tikus berlindung,
membuat lubang, sarang dan membiak.
(iii)
Batas-batas yang tidak perlu
dibuang atau bilangan batas dikurangkan kerana batas adalah mewnjadi tempat
utama tikus bersembunyi atau membuat sarang.
(iv)
Usahakan tanaman padi
dijalankan serentak.
(b)
Cara fizikal
Cara fizikal adalah melindungi kawasan
sawah dengan penghalang bagi menghalang tikus memasukki kawasan sawah. Ia
dilakukan bagi kawasan sawah yang diserang oleh tikus dari luar (migrasi)
missal sawah-sawah yang bersempadan dengan hutan. Kawasan sempadan akan dipasang pagar yang
biasa dibuat daripada kepingan plastik.
Ditempat tertentu pada pagar tersebut dipasang perangkap untuk
memerangkap tikus-tikus yang cuba memasukki sawah.
(c)
Cara mekanikal
Cara mekanikal adalah dengan cara
menggali dan memusnahkan lubang-lubang
tikus dan membunuh tikus-tikus yang dijumpai dalam lubang tersebut.
(d)
Cara biological
Cara biological adalah cara mengawal tikus
dengan menggunakan musuh semula jadi.
Pada masa ini sejenis predator iaitu burung pungguk, Tyto alba didapat sangat berkesan untuk mengawal
tikus. Dua (2) cara telah dilakukan oleh
Jabatan Pertanian untuk menggunakan burung pungguk untuk mengawal tikus sawah
dan menjadi ia kompoen penting dalam kawalan tikus bersepadu. Cara tersebut
adalah:
(i)
Melepaskan burung pungguk
dikawasan sawah yang tidak dikesan ada burung pungguk.
(ii)
Meningkatkan bilangan burung
pungguk dikawasan sawah. Ini dilakukan
dengan menyediakan sarang buatan untuk tempat pembiakan burung pungguk. Sarang dipasang disawah pada kadar 1 sarang
bagi kawasan sawah seluas 20-40 hektar.
Memandang 98% makanan burung pungguk adalah
tikus, maka burung pungguk menjadi agen kawalan biologi yang berkesan untuk
mengawal tikus sawah.
(e)
Cara kimia
Cara kimia adalah mengawal tikus dengan
menggunakan bahan kimia beracun. Tikus
boleh mati akibat memakan bahan kimia beracun atau menyedut gas beracun. Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh
tikus dikenal sebagai racun tikus atau rodenticides. Racun tikus yang disyorkan untuk kawalan
tikus pada masa ini adalah dengan menggunakan racun tikus jenis
anticoagulant. Racun ini apabila dimakan
oleh tikus tidak membunuh tikus serta merta tetapi akan membunuh tikus dalam
tempoh 5-10 hari. Contoh racun
anticoagulant adalah:
-
Warfarin
-
Chlorophacinone
-
Brodifacoum
Pada masa ini terdapat tiga(3) formulasi
racun tikus iaitu umpan berlilin, serbok, cecair dan debu. Umpan berlilin boleh diguna terus, sedangkan
cecair dan debu perlu digaul dengan umpan sebelum digunakan.
(i)
Umpan berlilin dan debu lubang
tikus
- boleh diguna terus
-
Pengumpanan dijalankan seminggu
sebelum tabur terus
-
Umpan diletak diatas batas satu
umpan setiap 10 langkah setiap minggu untuk tempoh 8-10 minggu (sehingga padi
mula berbuah).
-
Selepas tempoh ini tikus
biasanya tidak berminat kepada umpan tetapi lebih suka memakan buah padi. Jika
perlu (ada tanda-tanda masih ada serangan atau kehadhiran tikus disawah), maka
kawalan kimia hendak lah diteruskan dengan mendebu lubang tikus dengan racun
berbentuk debu.
-
Pada lubang-lubang tikus yang
amsih aktif (ada tanda-tanda didiami oleh tikus), bersihkan rumput disekitar
lubang tersebut. Bubuh 30-50 gm debu
racun ke dalam setiap lubang. Bubuh
racun pada lubang-lubang yang baru dijumpai.
(ii)
Racun jenis serbuk dan
cecair
-
Racun ini perlu digaul dengan
umpan mengikut kadar disyorkan pada label sebelum digunakan.
-
Pengumpanan dibuat seminggu
sebelum tabur. Umpan kira-kira 50 gm
diletak diatas batas pada jarak setiap 20 langkah setiap minggu selama 8-10
minggu. Sebaik-baik umpan diisi
dalam bekas umpan supaya tidak terkena hujan.
-
Kawalan seterusnya jika perlu
dilakukan dengan mendebu lubang tikus seperti yang telah diterangkan diatas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRumah penuh dgn tikus?
ReplyDelete=================================
RACUN TIKUS VICTORY - pest control grade
=================================
➡ Fomulasi USA ,100% berkesan
➡ Tidak mati dicelah
➡ Jimat masa
➡ Sepekat boleh pakai 2-3 tempat
➡ Dijamin berkesan
Whatsapp/SMS Order:
➡ 016 977 5478 (Klang Valley)
Racun Tikus Victory berasa amat BANGGA dapat menolong RAMAI TANGGA yang penuh dengan TIKUS.
========================================
Tikus anda adalah Tanggungjawab Racun Tikus Victory
========================================
How to win real money playing casino site in India - LuckyClub.live
ReplyDeleteYou have a lot to choose from before betting on a casino online. You can also choose luckyclub.live your betting exchange. All you need to do is click here. How to